Isnin, 6 Januari 2014

Senarai Jenama Laptop Terbaik 2013

Macbook bukan sahaja direka dengan cantik malah ciri-ciri penggunaan yang memuaskan

Jenama laptop terbaik 2013 diharap dapat membantu anda serba sedikit untuk membuat pilihan tentang laptop yang akan anda pilih untuk pembelian anda seterusnya nanti. Walaupun cadangan ini berpandukan kepada beberapa kriteria tertentu mungkin anda mempunyai sebab tertentu dalam memilih jenama kegemaran anda. Tapi senarai ini adalah berdasarkan kriteria-kriteria penting yang biasa digunakan di dalam membuat penilaian jenama barangan.

Berikut adalah beberapa kriteria yang digunakan untuk membuat penilaian tersebut yang dilakukan oleh Laptopmag.com;

1) Review – berpandukan kepada review yang dibuat terhadap produk daripada jenama barangan tersebut. Ini merupakan satu kriteria yang penting kerana semasa membuat review keseluruhan fungsi barangan akan dicuba untuk menentukan barangan dapat memberikan kualiti penggunaan seperti yang diharapkan.

2) Rekabentuk – rekabentuk mungkin memberikan kelebihan kepada jenama. Walaupun rupabentuk tidak menjadi aspek utama tetapi, ianya memberikan kelebihan yang tinggi apabila ia membantu produk dapat digunakan dengan lebih optimum seperti port-port tambahan, skrin yang membantu penglihatan yang lebih baik dan kualiti yang jitu.

3) Papan kekunci & ‘touch pad’ – merupakan satu aspek yang penting untuk diberikan penekanan kepada laptop. Ya, laptop saya mempunyai masalah pada ‘touch pad’ nya dan anda tahu saya tidak menggunakan barangan dalam jenama kategori NO 1.

4) Sokongan Pengguna – adakalanya anda memerlukan servis ini untuk barangan yang anda beli sekiranya menghadapi masalah. Kepentingan barangan berjenama adalah khidmat sokongan pelanggan yang baik. Tanpa kriteria ini , barangan yang murah adalah jauh lebih baik.

5) Paparan & Audio – satu lagi penekanan yang seharusnya ada pada laptop anda adalah kualiti paparan dan audio yang baik. Paparan yang baik merupakan fungsi utama laptop sebagai bahan untuk melakukan kerja-kerja detail seperti ‘designing’, ‘photography’ dan anda pastinya memerlukan kedua-dua kualiti ini yang terbaik apabila menonton video menggunakan laptop anda. Adakah anda peminat permainan video (video games)?

6) Nilai & Pilihan – untuk kroteria ini jenama barangan tersebut ada menyediakan pilihan untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza seperti pengubahsuaian produk mengikut permintaan pengguna merupakan satu kelebihan yang penting pada masa kini.

7) Inovasi – inovasi merujuk kepada kesungguhan jenama dalam membangunkan produk untuk barangan yang lebih berkualiti dan fungsi yang lebih baik dari masa ke semasa. Tanpa inovasi jenama banrangan mungkin tidak akan menarik minat pelanggan lagi yang mempunyai keperluan yang sentiasa berubah.

8) Perisian – perisian merujuk kepada perisian yang disediakan bersama dengan barangan dan perisian-perisian yang disediakan daripada pihak ketiga yang disediakan bersama laptop mereka. Adakah perisian ini dapat berfungsi dengan baik, berguna atau mendatangkan masalah.

Setelah membuat penilaian melalui kriteria-kriteria tersebut berikut adalah keputusan yang diperolehi daripada beberapa jenama ternama pengeluar laptop yang biasa kita gunakan.

ASUS merupakan salah satu jenama yang semakin meningkat maju

1) Apple – semestinya mendapat sokongan padu daripada peminat-peminat Apple walaupun mungkin terdapat beberapa perkara yang kita tidak setuju mengenai Apple. Bagi pengguna-pengguna produk Apple seperti iPhone dan iPad mereka pasti tahu akan kelebihan kualiti produk Apple yang jauh berbeza.

2) Lenovo – mempertingkatkan lagi kualiti produknya Lenovo memberikan penekanan kepada rekabentuk seperti papan kekunci, skrin, audio dan beberapa perkara lain. Ini meletakkan Lenovo berada di tangga kedua untuk tahun ke-3 berturut-turut.

3) Asus – Asus sememangnya diketogorikan sebagai antara jenama yang baik bagi pengeluar laptop kerana mengetengahkan inovasi dan kualiti yang semakin maju. Meningkat dari anak tangga ke-5 dari tahun sebelumnya. Adakah ia akan meningkat lagi untuk tahun 2014 dan mengambil tempat Lenovo atau Apple?

4) HP – walaupun merupakan antara pengeluar laptop yang berpengaruh, HP kurang menyerlah untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Merupakan antara jenama terhebat beberapa tahun dahulu HP kurang memberi penekanan kepada inovasi terbaru.

5) Samsung – Samsung mempunyai kualiti yang baik namun tidak memberikan tumpuan kepada barangan laptop mereka seperti produk utama mereka iaitu telefon. Suatu masa dahulu Samsung lebih terkenal dengan produk TV mereka.

6) Sony – sony juga agak keterlaluan dalam rekabentuk tetapi tidak pada kualiti terbaru. Kurang inovasi bagi bagi produk baru mereka selepas Vaio.

7) Dell – antara jenama yang mengalami nasib yang sama. Merupakan salah satu jenama yang berpengaruh suatu masa dahulu Dell semakin merudum jauh ke bawah.

8) Acer – walaupun semakin dikenali Acer tidak dapat menandingi jenama lain dari kalangan pengeluar laptop utama kerana menekankan kepada harga yang berpatutan (pasaran lebih luas). Di harap Acer akan terus menekankan lagi dari segi aspek kualiti dan inovasi.

9) Toshiba – sebagai jenama lama yang bertahan Toshiba perlu membuat pembaharuan bagi mempertingkatkan rangkaian latop mereka sekiranya ingin terus berdaya saing dengan jenama-jenama lain.

Itu adalah antara senarai kedudukan 9 jenama utama pengeluar laptop bagi tahun 2013. Melalui perkembangan dunia IT yang pesat hari ini dapat dilihat perubahan keperluan pengguna yang semakin mementingkan kualiti yang menjangkaui pelbagai aspek. Ini kerana nama sahaja tidak dapat menjamin keyakinan pengguna lagi tanpa disokong dengan kesungguhan pengeluar untuk menyediakan pengguna dengan barangan seperti yang diperlukan.


Sehubungan itu diharap pengeluar barangan laptop dan barangan elektronik lain akan terus menyediakan barangan seperti yang diperlukan. Perkembangan teknologi IT hari ini memberikan pengguna membuat pemilihan yang lebih tepat sebelum membuat pembelian mereka maka penilaian mereka bukan lagi terletak pada nama semata.

Artikel berkaitan:

Jenis-jenis Ultrabook™ Yang Menggunakan Chip Intel



Free Download



4 ulasan:

  1. kalau kegunaan untuk IT. seperti Visual Basic & sekutu dengannya. bagus guna laptop jenama apa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk kerja-kerja programing dan word processor semua jenis laptop adalah sesuai. Cuma kerja-kerja yang melibatkan banyak Audio Visual dan Grafik sahaja yang memerlukan komputer yang berkuasa tinggi.

      Kebanyakan komputer berjenama adalah baik. Jadi laburkan pada yang dapat memenuhi keperluan anda untuk jangka panjang. Sebagai permulaan gunakan sistem pengoperasian Windows untuk memudahkan anda memahami komputer dengan lebih lanjut.

      Padam
  2. Kalau duit bukan penghalang, Macbook Air memang terbaik

    BalasPadam
  3. And for this reason, Apple became entrenched in a niche market and struggled gain footing as a serious competitor in the computing world.
    Read Reviews: 15 Hand-Picked Gaming laptops under 300 dollars

    BalasPadam

Arkib Blog